Monday, November 12, 2012

Jom Layan...sajak khas buat insan yang disayangi..

SaNg PenCinTa...


Dia...sang pencinta,
seringkali menabur kata,
mengukir janji...
sehidup, semati bersama.

Dia...sang pencinta,
seringkali berkongsi rasa,
ingin bercinta dan mengecap bahagia,
seperti..insan-insan di luar sana.

Dia... sang pencinta,
seikhlas hati, setulus jiwa,
melafazkan bicara penuh makna,
sehingga terungkap...
kalimat..sumpah setia....

"Andai sahaja aku bisa menjadi apa-pun,
biarlah aku menjadi jantungmu...
agar aku sentiasa ada di dalam jiwamu.

Biarlah aku menjadi pakaianmu,
agar aku sentiasa menutupi tubuhmu....

Biarlah aku menjadi bayang-bayangmu,
agar aku sentiasa ada di sisimu...

dan biarlah aku menjadi darahmu, 
agar aku sentiasa mengalir di dalam dirimu...".

Ya Allah..andai benar dia jodohku..satukanlah dirinya dengan diriku...
amin.....

Karya : Nur Ilham + Mr. Heroman ^_^

No comments:

Post a Comment