Tuesday, November 13, 2012

Titipan Buat Ayahanda.....


Assalamualaikum....
Tika ini, aku sangat merindukan mak abah di rumah.. Jadi, aku terpanggil untuk mengekspresikan perasaan aku dalam bentuk puisi cerita..aku dah siapkan sejak dua tiga minggu yang lalu, jadi aku sekadar menyunting ayat menjadi lebih baik...kalau diikutkan tatabahasa yang betul, haha..memang banyak salahnya. namun, untuk sajak atau puisi, bahasa berbunga-bunga dikhaskan supaya menjadi lebih menarik. tak gitu?? hari ni puisi untuk abah..lepas ni puisi untuk ibu tercinta pula okay ^_^.


Terima Kasih Abah....


"Dia"... 
kadang-kadang buat sesuatu tanpa bertanya, 
kadang-kadang kita suka, kadang-kadang tak. 
"Dia".. 
kadang-kadang berkata sesuatu dengan semangat, gembira.. 
tapi kadang-kadang "dia" marah. 
"Dia".. 
bukan kadang-kadang, 
tapi selalu lakukan kebaikan untuk semua, 
tapi tak semua orang terharu, terasa.. 
kerna mungkin kebaikan itu tanggungjawab "dia",
jadi tak semua berasa bangga.
"Dia"..
kadang-kadang berasa kecewa..
tapi tak semua orang memahami perasaannya,
sebab "dia" tak pernah tunjukkan pada semua,
walaupun hatinya sedang bersedih, berduka lara..
"Dia"
hanya tahu satu perkara..
"Dialah"...pemimpin keluarga...
biar diri terkorban..jangan sampai..keluarga menderita....


abah..terima kasih untuk segalanya..

('T__T').. ikhlas dari anakmu..


Monday, November 12, 2012

Kerinduan Ini..


Bila awak hilang..saya rindukan awak, tapi awak terus menghilang. 
Bila awak muncul, saya terkejut..rindu sayaa kembali bertaut.
Bila saya rindukan awak, awak menyahut..tapi rindu saya tak bersambut. 
dan bila saya cuba melupakan, awak kembali semula.. merayu ingin bersua.. 

Sampainya hati awak, membiarkan saya dan kerinduan ini.. 

 Sampai masanya.. kerinduan ini akan terus berpaling.. 
dan takkan pernah sekali memandang awak.. 
biarkan rindu saya pada sang perindu, 
yang turut sama merindui saya..dan kerinduan ini.


SAHABAT SEJATI

SaHaBat SeJaTi...


Suatu ketika..kita bersua,
berkenalan..dan berkongsi cerita.
Ada ketika.. 
kita berpaling muka,
Ada ketika..
Kita bertentang mata.

Sahabat..

Ada masanya..kita berkongsi suka,
ada masanya..kita menumpang duka.
Saat itu baru ku sedar...
Engkaulah..sahabat setia.

Sahabat..

Engkau muncul tanpa dipinta..
engkau pergi tanpa ku duga.
Andai jarak memisahkan kita,
biarkan masa menyatukan semula..
Andai kita..terpisah selamanya..
Moga bertemu di pintu syurga..
amin.....








Jom Layan...sajak khas buat insan yang disayangi..

SaNg PenCinTa...


Dia...sang pencinta,
seringkali menabur kata,
mengukir janji...
sehidup, semati bersama.

Dia...sang pencinta,
seringkali berkongsi rasa,
ingin bercinta dan mengecap bahagia,
seperti..insan-insan di luar sana.

Dia... sang pencinta,
seikhlas hati, setulus jiwa,
melafazkan bicara penuh makna,
sehingga terungkap...
kalimat..sumpah setia....

"Andai sahaja aku bisa menjadi apa-pun,
biarlah aku menjadi jantungmu...
agar aku sentiasa ada di dalam jiwamu.

Biarlah aku menjadi pakaianmu,
agar aku sentiasa menutupi tubuhmu....

Biarlah aku menjadi bayang-bayangmu,
agar aku sentiasa ada di sisimu...

dan biarlah aku menjadi darahmu, 
agar aku sentiasa mengalir di dalam dirimu...".

Ya Allah..andai benar dia jodohku..satukanlah dirinya dengan diriku...
amin.....

Karya : Nur Ilham + Mr. Heroman ^_^