Wednesday, February 27, 2013

Terima Kasih Ya Allah..


Manusia rebah kerana nafsu,
manusia layu kerana nikmat,
diberi lebih masih merintih,
diberi kurang asyik menagih.

Manusia,
tidak tahu berterima kasih,
iman dan takwa terlalu sukar diraih,
kerna hati tidak gemar bertasbih.
Semakin mencari semakin terasa letih,
ibarat menanggung beban di pundak,
berat, sukar dan perih,
sedangkan kita manusia terpilih,
terpilih kerana mampu 
melafazkan ucapan terima kasih.

Ayuh...
ikhlaskan hati menghadap Ilahi,
Siang bersilih malam berganti,
tekadkan diri kuatkan hati,
mohonlah pada yang sudi,
Dialah Allah,
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ucapkan syukur..alhamdulillah,
Pasti....Allah lebih menghargai... ^_^


<iframe width="960" height="720" src="http://www.youtube.com/embed/Bs4UAhxOtn0?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>








Tuesday, November 13, 2012

Titipan Buat Ayahanda.....


Assalamualaikum....
Tika ini, aku sangat merindukan mak abah di rumah.. Jadi, aku terpanggil untuk mengekspresikan perasaan aku dalam bentuk puisi cerita..aku dah siapkan sejak dua tiga minggu yang lalu, jadi aku sekadar menyunting ayat menjadi lebih baik...kalau diikutkan tatabahasa yang betul, haha..memang banyak salahnya. namun, untuk sajak atau puisi, bahasa berbunga-bunga dikhaskan supaya menjadi lebih menarik. tak gitu?? hari ni puisi untuk abah..lepas ni puisi untuk ibu tercinta pula okay ^_^.


Terima Kasih Abah....


"Dia"... 
kadang-kadang buat sesuatu tanpa bertanya, 
kadang-kadang kita suka, kadang-kadang tak. 
"Dia".. 
kadang-kadang berkata sesuatu dengan semangat, gembira.. 
tapi kadang-kadang "dia" marah. 
"Dia".. 
bukan kadang-kadang, 
tapi selalu lakukan kebaikan untuk semua, 
tapi tak semua orang terharu, terasa.. 
kerna mungkin kebaikan itu tanggungjawab "dia",
jadi tak semua berasa bangga.
"Dia"..
kadang-kadang berasa kecewa..
tapi tak semua orang memahami perasaannya,
sebab "dia" tak pernah tunjukkan pada semua,
walaupun hatinya sedang bersedih, berduka lara..
"Dia"
hanya tahu satu perkara..
"Dialah"...pemimpin keluarga...
biar diri terkorban..jangan sampai..keluarga menderita....


abah..terima kasih untuk segalanya..

('T__T').. ikhlas dari anakmu..


Monday, November 12, 2012

Kerinduan Ini..


Bila awak hilang..saya rindukan awak, tapi awak terus menghilang. 
Bila awak muncul, saya terkejut..rindu sayaa kembali bertaut.
Bila saya rindukan awak, awak menyahut..tapi rindu saya tak bersambut. 
dan bila saya cuba melupakan, awak kembali semula.. merayu ingin bersua.. 

Sampainya hati awak, membiarkan saya dan kerinduan ini.. 

 Sampai masanya.. kerinduan ini akan terus berpaling.. 
dan takkan pernah sekali memandang awak.. 
biarkan rindu saya pada sang perindu, 
yang turut sama merindui saya..dan kerinduan ini.


SAHABAT SEJATI

SaHaBat SeJaTi...


Suatu ketika..kita bersua,
berkenalan..dan berkongsi cerita.
Ada ketika.. 
kita berpaling muka,
Ada ketika..
Kita bertentang mata.

Sahabat..

Ada masanya..kita berkongsi suka,
ada masanya..kita menumpang duka.
Saat itu baru ku sedar...
Engkaulah..sahabat setia.

Sahabat..

Engkau muncul tanpa dipinta..
engkau pergi tanpa ku duga.
Andai jarak memisahkan kita,
biarkan masa menyatukan semula..
Andai kita..terpisah selamanya..
Moga bertemu di pintu syurga..
amin.....








Jom Layan...sajak khas buat insan yang disayangi..

SaNg PenCinTa...


Dia...sang pencinta,
seringkali menabur kata,
mengukir janji...
sehidup, semati bersama.

Dia...sang pencinta,
seringkali berkongsi rasa,
ingin bercinta dan mengecap bahagia,
seperti..insan-insan di luar sana.

Dia... sang pencinta,
seikhlas hati, setulus jiwa,
melafazkan bicara penuh makna,
sehingga terungkap...
kalimat..sumpah setia....

"Andai sahaja aku bisa menjadi apa-pun,
biarlah aku menjadi jantungmu...
agar aku sentiasa ada di dalam jiwamu.

Biarlah aku menjadi pakaianmu,
agar aku sentiasa menutupi tubuhmu....

Biarlah aku menjadi bayang-bayangmu,
agar aku sentiasa ada di sisimu...

dan biarlah aku menjadi darahmu, 
agar aku sentiasa mengalir di dalam dirimu...".

Ya Allah..andai benar dia jodohku..satukanlah dirinya dengan diriku...
amin.....

Karya : Nur Ilham + Mr. Heroman ^_^

Sunday, October 28, 2012

Raya Qorban .. Kenduri saja2...Alhamdulillah, REZEKI.. ^_^

Assalamualaikum...

Minggu ini, pastinya minggu yang sibuk setelah sambutan Aidil Adha melabuhkan tirai..ya lah, kaum kerabat semua da blk kn..huhu.. kenduri korban pun da habis..kenduri lain plak bakal tiba..kenduri doa selamat utk adik yg bakal menghadapi exam besar SPM x lama lg. Nak hantar assignment lagi..em.. pastu nak tggu feedback utk join GCAP under alumni UPSI..haha..ye ke pegi ak nih..cam x caya ja. Anyhow, semua dlm minggu nih. apa nak jadi pun..redho sajalah. just buat yg terbaik utk diri dan org lain kan.. eeeuuuu...hari ni bahasa melayu ak teruk sangat..sbb tgh penat dan kalut da nak maghrib. okeh.. ada simpanan gambar best utk aktiviti sepanjang hari raya ni.. ^_^. 



Ini gambar suku je dari family ak..huhu...yg lain naik kete lain k. satu family ak g kenduri korban la apa lgi..umah sedara jugak. bestnya sbb g ramai2..konvoi gitu..huhu.. mak ak rileks je..kakak n anak buah plak happy lain mcm.. :P



Ini gambar kami lagi..yang lain tgh mkn...em..nasi sedap..daging kambing panggang lagi k. posing jap!


entah mcmana gambarni tersesat dlm kamera ak. tapi gambar ni  cute walaupun nampak blkng ja..maybe sbb punya la anak buah ak ni tkt kainnya kna temucut..opocot ! haha.. tinggi lagi awatif..pacat naik baru tau..huhu




Amir..muka macho lps gunting rambut ala bapaknya..siap taichi lagi lps blk kenduri..jaga2 uncle darwin d blakang yaa.. :)



Aina sayang maknjang.. kata2 ni akan keluar dari mulutnya satu hari nanti sbb skarg dia blom boleh ckp..tapi da pandai pegang pen kan..hehe..ok la tu.. umo baru setahun sebulan. gambar ni fresh sgt sbb hari ni jgk ak ambik. gambar lain?? hari lain la plak kn.. bubye :). wassalam..






Saturday, October 20, 2012

I'm Home!

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum W.B.T.


Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapatlah saya meluangkan sedikit masa melawat, menjenguk dan insyaAllah...mula menjinakkan diri dalam dunia blogger nih secara istiqomah........ huhuhu.. tiada niat untuk bersyarah k! :) . dtg jenguk je ..da lama rindunyaaaaaaaaa.. lps ni..walau sebaris ayat, akanku gunakan ruang yg. ada dgn sebaik mungkin. bukan utk sekadar tontonan, tapi medan mencurahkan idea dan kreativiti yg infiniti. ok..da terlebih 1 ayat..nak kuar dah..huhu.. sbb nak kongsikan cita yg lbh sronok dan terbaik!.. janji kna dgn jiwa sudaaa k . orrite... wassalam .