Wednesday, February 27, 2013

Terima Kasih Ya Allah..


Manusia rebah kerana nafsu,
manusia layu kerana nikmat,
diberi lebih masih merintih,
diberi kurang asyik menagih.

Manusia,
tidak tahu berterima kasih,
iman dan takwa terlalu sukar diraih,
kerna hati tidak gemar bertasbih.
Semakin mencari semakin terasa letih,
ibarat menanggung beban di pundak,
berat, sukar dan perih,
sedangkan kita manusia terpilih,
terpilih kerana mampu 
melafazkan ucapan terima kasih.

Ayuh...
ikhlaskan hati menghadap Ilahi,
Siang bersilih malam berganti,
tekadkan diri kuatkan hati,
mohonlah pada yang sudi,
Dialah Allah,
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ucapkan syukur..alhamdulillah,
Pasti....Allah lebih menghargai... ^_^


<iframe width="960" height="720" src="http://www.youtube.com/embed/Bs4UAhxOtn0?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>