Friday, May 20, 2011

Air MaTa Nur KaSiH...... TerBaiK la...


  
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua wat kawan2 di luar sana..Di pagi nan sejuk ni ak nak kongsi skit citer plg. best la ak penah tonton tahun nih..huhu...tahun depan xtau lagi. Al kisahnya bermula bila ak dan kawan2 serumah terasa boring kat umah. Apa lagi, ktorg plan la g tgk citer Nur KaSiH yang baru je ditayangkan kat pawagam. Exited la jgk sbb hari 1st je kutipan filem mencecah 1 juta. Lau 10 hari maintain maka berjayalah hendaknya 10 juta target diorg tuh..huhu.. citer terbaik kena share tul x?? :) .

             Em...sambung citer tadi, Ak & geng g la jln2 cari pawagam berhampiran yg tempatnya dirahsiakan... citer jam 2.45p.m so g la shoping jap bli kain batik wat g skolah nanti.  Cukup masa masuklah kami semua dalam panggung 2. Emm...bukan selalu pun sbb biasanya lau terdesak ja g tgk, kira citer ni memang ditunggu2. Masa dlm. panggung tu, ktorg duk barisan kedua dari depan..adoi..melangut la jgk..biasalah...hot film la katakan, semua nak fokus tgk citer.

             5 minit pertama slps citer bermula.............hmmm, hati ni dah terusik. tetiba ja dah bergenang air mata, tapi leh tahan lagi. Bila ak melayari citer ni dengan penuh perasaan..memang xleh tahan bila sampai part2 yg. sangat sedih. boleh kire la....sepanjang citer tu berjalan ada dekat 5 6 kali ak xleh tahan, sedih giler kot. Air mata ni mudah ja nak mengalir. laju je turn cam air hujan. Yo le....bila dah jarang2 leh menangis, pastu kena plak tempat yg. sesuai.. lepas je la... Waktu tu, rasa macam kite ada dalm filem tu, mungkin sebab terlalu menghayati. Ye lah, beruntungnya mereka yg. pergi ke mekah sekadar memnuhi tuntutan lakonan pada masa yg. sama mendapat peluang berdoa di Rumah Allah.
Dalam banyak2 ayat2 dalam babak menyedihkan tu plak... teringat ak satu ayat yang diucapkan oleh watak Aidil..."..Setiap ujian adalah peluang kita mendekatkan diri kepada Allah", sangat membuatkan hati ak tersentuh dan terfikir. Mungkin selama ni kita selalu menyalahkan takdir kenapa n mengapa kita jadi begini dan begitu?. Selalu pula kita persoalkan mengapa terlalu berat ujian yang menimpa diri kita?. Sedangkan mungkin kita x terfikir bahawa ujian2 itu bertujuan untuk mendekatkan diri kita kpd Allah. Ak sendiri selalu alpa dan leka bila selalu dapat apa yg ak nak..Hm...seronok kan bila kita hidup tanpa kesedihan. Tapi kita lupa bila kita terlalu bahagia sbnrnya kita semakin menderita. Nur Amina plak ada ckp dlm filem tu.. "..semakin kita menderita, semakin banyak rahmat yang Allah berikan kepada kita". 

              Seperti drama Nur Kasih yg. kita tonton sblm ni, Adam suatu ketika dahulu jahat dan berbeza dengan abgnya Aidil..Tapi dalam Filem ni kita dapat lihat Adam yg. telah berubah setelah berkahwin dengan Nur.. namun Adam seringkali menyalahkan dirinya kerana perkahwinan mereka sentiasa ditimpa musibah dan ujian, . Bagi ak pulak, itu semua mungkin balasan Allah atas perbuatannya yg. lalu....... Em....itu apa yg ak fikirkanlah.... jika filem itu adalah sebuah lakonan, hidup kita di dunia juga adalah ibarat sebuah lakonan di mana manusia sebagai pelakon dan dunia ni umpama pentas lakonan.Kita sendiri dapat lihat pelbagai ragam dan lakonan manusia yg. berbeza..Namun semuanya berjalan seperti suatu kitaran sebuah cerita setiap kali zaman berubah. Ending cerita dunia ni tentulah dunia akhir zaman yang berakhir dengan kiamat..wallahhu'alam... Kita sedar semua tu..ak, kita dan mereka atau sesiapa shj. sedar tapi seringkali lupa..sbb manusia x sempurna. Tapi cerita tentang cinta dan pengorbanan Adam, Nur dan Aidil sangat menyentuh jiwa ak. hope dapat kekalkan perasaan ni sampai akhirnya......

kisah cinta yg sangat tulus dan ikhlas..walaupun banyak halangan dan ujian..

             Menyentuh tentang kisah cinta Nur, Adam dam Aidil..memang respect habis la...semuanya berjaya memainkan peranan yg. terbaik sbb. x siapa sanggup buat apa yg adam dan Aidil buat utk org. yg plg dorg sayang..kehidupan yg penuh dengan dugaan tetapi penuh dengan kesyukuran dan pengorbanan ditambah dengan nilai kasih sayang yg cukup tinggi... memang sekalung tahniah wat semua warga yang menjayakan filem Nur Kasih ni... memang x rugi pun korg tgk.
             Saat plg klakar rasa masa tgk citer ni adalah Part citer dah nak abis lagi 5 minit......tetiba dah kuar 1 ayat kat screen pastu ak dah bukan main nak bangun..tetiba dia sambung lagi skit..x jadi la nak bangun..tut2 kluar babak ending yg. menyayat hati..dan dengan tetiba ja air mata mengalir lagi di pipi..adoiii... memang thumbs up la ak bagi citer ni. abis je sume bangun nak kuar..dan ak antara yg. terakhir sbb sibuk lap air mata..sedih woooo..huhu.. malu plak nak kuar mata merah berair.. 
Apapun, ak sarankan kat korg..g la tgk Filem NuR KaSiH... So, kita sama2 dapat ambik iktibar dari filem ni. Wassalam...

Anak-anak yang sangat comel dan matang...Alias dan Mariam.

Thursday, May 19, 2011

Nak Tolong ke Tak Nak ???? Etika Vs Perasaan (Belas Kasihan)

                                          Cikgu...3 bulan lagi kat skolah. Sabo2 la bergambo..hehe

Salam...hi guys...Kabare?? Warass?? hope korang sume sihat la hendaknya k.. Ak camnilah..sedih2 teramat pun hidup mesti diteruskan. Em..hari ak nak cite pasal first day menjadi pengawas peperiksaan kat sekolah. Cikgu praktikal la katakan, serba serbi pengalaman pertama. Awal pagi mendung je...tut2 nak g skolah..hujan lebat giler. Nasib baik la jarak sekolah dengan rumah x jauh. 200 meter je kot..he2.tapi naik moto yng x tahan tuuuuu.....Hari ni ak masuk kelas dengan membawa paper Bahasa melayu kertas 2. So, essay la apa lagi. Masuk je kelas, perkara paling ak alert n geram bila tgk. sampah merata-rata. Ak suruh kutip sampah la apa lagi. Cukup masa, ak edar paper, Semangat nih tapi takut ada, gemuruh ada, kelakar pun ada..huhu. yo la tkt salah di mana2, dah la kita cikgu praktikal ja.. Time pass time, ak pun meronda la kelas...cam cikgu beso pun ada..huhu.. 
           Sepanjang ak mengawas kelas tu, ak perasan la ada sorg murid tu asyik belek je kertas jawapan n soalan.. kejap2 dia conteng buku jawapan bukan di depan tapi di bawah..pk la... apa yg budak ni nak wat sbnrnya... ak malas la nak usya lama2 nanti dia pk apa plak... tapi setelah lama masa berlalu, budak ni x menulis pun...ada la dalam satu atau 2 ayat dia tulis. Bahagian satu x silap ak ringkasan. hm.....ak dah mula rasa kesian kat dia. dekat sejam dah tapi dia tak dapat jawab soalan.. last2 ak cakap kat dia, lau x tau jawab tinggalkan bahagian tu jawab yg lain... Ak rasa dia dengar n i hope so. Dia pun tulis la balik, tapi x lama dia renung je kertas tu macam nak tembus je ak tgk. sambil2 tu ak round kelas 2 3 minit n duduk balik. tetiba ak perasan pelajar tadi dah teresak2 n lap air mata. adoiiii....ak tau waktu tu dia sedih sangat sebab x dapat jawab... ye la, lau ak pun nangis. Dalam 5 bahagian tu, bahagian 1 pun dia x mampu habiskan. Aku mula terfikir apa yg dia belajar selama ni? Hati ak ni kuat sangat nak tlg dia jawab. Kurang2 1 @ 2 soalan. Tapi bila perasaan dan minda saling bercanggah pendapat..hati nak tlg tapi bila pk balik, lau ak tolong dia maksudnya ak kna tlg semua org., baru adil dan bertanggungjawab, x langgar etika la kot, huhu..cikgu baru skema skit. Kalau ak tlg dia skrg, agak2 dia akan tlg diri dia sndiri x lpas ni?? Ak cuma nak dia terima pengajaran. Tapi sangat2 kasihan la bila terkenang balik. Tapi ak x tahu kesudahan paper tu sbb  masa seterusnya guru lain ganti. Lau sekarang exam tu berjalan mesti ak da tlg dia. 
         Korang setuju ke dengan cara ak ni, ye la mungkin ak agak kejam dengan budak baru tingkatan 2. Tapi kurang2 ak da tau dia antara pelajar yg ak perlu bagi perhatian lebih. Hm..... separuh dari pelajar tu ak ajar.......................termasuk dia. Yes ak akan wat sesuatu pas ni. xnak benda sama berlaku utk paper subjek ak plak.. Apapun wat  sume plajar yng menjalani exam skang, selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun.. Gud luck sume..chayyokk... em, Lau korang la di tempat ak, korang nak tolong ke tak nak??????  

                Murid-murid tengah khusyuk jawax exam tuh... antara suasana yg ak sempat snap

Tuesday, May 17, 2011

WanNa Be Like "HeR"... InsyaAllah...




Salam wat sahabat..teman dan sesiapa yg prnah menjadi temanku sebelum nih...wlau perhubungan itu sudah terputus dek kerana sikapku selama ini..mohon diamaafkan terlebih dahulu.. Anyway, bukan itu citer ak kali ni..tapi impian ak n semua teman2ku di luar sana.. Hasil dari perbincangan yg panjang lebar tentang "sikap" menyebabkan timbul persoalan "mengapa?", "apa?" dan "bagaimana?". .............. Setiap insan ada impian...itulah pernyataan dan pertanyaanku kepada anak murid setiap kali menggantikan kelas. Tapi ak lupa, impian bukan semata2 pencapaian lahiriah yang nampak pada pandangan mata, tetapi batiniah yg mungkin terpendam kerana sikap keegoan.. lalu, perkongsian cerita secara tiba2 dengan rakan lama yg pernah berkongsi suka duka menyebabkan ak terfikir dan berfikir sejenak. Jka ak ingin menjadi seorang guru cemerlang, 'mengapa' sikapku masih begini?? Adakah terlupa atau buat-buat lupa??. Jika ak ingin menjadi seorang guru cemerlang zahir dan batin, 'apa' yang perlu ak lakukan??...sekadar melihat atau mencari  tujuan?. Jika ak ingin menjadi seorang guru cemerlang, 'bagaimanakah' caranya?? adakah dengan sekadar merenung tanpa mencari jalan penyelesaian??. Hati ini seringkali sahaja berbisik sendirian, "..andai ak ingin menjadi seorang guru cemerlang, ak ingin menjadi seperti dirinya"............. perkataan dirinya itu pasti terungkai suatu hari nanti... adakah pengetua sekolah disebelahku ini..hhehe... mungkin... anyhow, ak akan cuba tunaikan apa yg termampu..... sementara hati masih panas meluap, membara sehangat api, akan ku lawan keegoaanku selama ini. Chaiyyok cikgu!! thanx wat pembakar semangat...cik Fatin & Fathihah.