HiDuP BuKaN SekaDaR mEnErImA, teTapI mEmBerI.... Jika yg. DibeRi iTu Nasihat, BeLuM Tentu AdA yg. SangGup MenErima..Dan Jika Yg. diTeriMa iTu nasihat..BelUm tentU Ada yg. MamPu dan iKhLas MemBerInya...
Friday, April 22, 2011
Sunday, April 17, 2011
Maharaja.Lawak.Minggu1.2011.SDTVRip.XviD-QalesYa
http://www.videobb.com/video/4f3oALKGAI5L
Tuesday, February 22, 2011
Tunjuk Perasaan: Antara Keadilan dan Penderitaan
Sebelum ini saya berpendapat bahawa tunjuk perasaan yang dilakukan oleh rakyat seperti di Mesir adalah baik kerana dengan cara itu mampu memberikan transformasi kepada sesebuah negara tetapi ke arah kebaikan dan kepentingan rakyat. Sejak berakhirnya demonstrasi tersebut, Mesir sesungguhnya telah mendapat kemerdekaan seperti yang dikehendaki. Namun begitu, tindakan demonstrasi besar-besaran seperti itu telah mempengaruhi banyak pihak daripada negara-negara lain yang selama ini mungkin ditindas tetapi tidak berani bersuara.
Hasil positif yang diperoleh daripada tindakan tersebut adalah Mesir telah menjadi contoh yang baik dalam meningkatkan semangat kebangkitan dan kuasa mutlak rakyat yang bersatu padu. Namun pada hakikatnya hari ini, banyak negara sedang dihimpit peperangan dan tunjuk perasaan yang berunsurkan keganasan sehingga menyebabkan penderitaan dan kematian rakyat yang tidak berdosa.
Rakyat negara lain mungkin tidak seperti Mesir yang menunjuk perasaan secara aman tanpa berlakunya tumpah darah, dan begitu juga bekas pemimpinnya yang dahulunya terkenal dengan pemerintahan kuku besi tapi berundur dengan aman akhirnya dan mengikut suara hati rakyat. Sekiranya hal seperti ini terjadi, mungkin keadaan tidak menjadi kacau bilau seperti hari ini dan tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan sekiranya pemberontakan dan penunjuk perasaan secara besar-besaran yang berunsurkan keganasan dibiarkan berleluasa dan tersebar hingga ke seluruh dunia.
Kejadian-kejadian seperti ini diharapkan tidak berlaku di negara kita Malaysia tercinta walaupun masih terdapat sisa-sisa yang sekali-sekala cuba membangkitkan huru-hara. Sekiranya kita inginkan kesejahteraan hidup hari ini, jangan biarkan hantu menguasai diri.- Nur Ilham
Sunday, November 28, 2010
Kenangan Terindah....
Khas kutujukan buat teman2 seperjuangan, sahabat2ku, serta yang mengenali diri ini..semoga hubungan persahabatan kita terus berkekalan hingga akhir hayat..aminn....
Subscribe to:
Posts (Atom)